BEN ASHAARI

Monday, October 8, 2007

SHORTBREAD MARBLE

Mula2 mat tengok resipi ni, terus jatuh hati dan esok jugak mat pi beli loyang khas untuk membuat shortbread ni. Kalau ikut nama asal, shortbread ni, "Shortbread Batik", tapi masa mat membuat garisan dari coklat putih, hasilnya tak secantik macam mak lang buat, jadi mat mem"marble"kan aje lah...habis cerita....
Pada asasnya tak delah sesukar mana nak buat shortbread ni, cuma perlu ada kesungguhan dan jangan buat sambil lewa atau macam "mood' tu tak stabil...hehehe...lagi satu, resipi asal, guna loyang khas berpemotong, berukuran (10 x 12) inci, tapi mat guna acuan sama cuma berukuran (12 x 12) inci. Sapa yang nak cuba tu dan nak tengoklah hasil yang asli dari mak lang, boleh rujuk sini....

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama "tulip")
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
  2. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
  3. Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
  4. Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
  5. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
  6. Gambar dibawah:- Contoh acuan berukuran (12 x 12) inci yang mempunyai alat pemotong khas....

4 comments:

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

matt memang cun gunakan acuan yg dah siap ada pembagi, knis pun ada tapi size kecil lom gunakan pun, rasa2 lebih berat dr aku ahak.

tapi pada siapa2 yg tak ada acuan cam matt, boleh potong gunakan pisau yg telah direndam dgn air panas, lalu cepat2 potong. ulang process ini lagi utk potongan selanjutnya. dgn cara ini, potongan biskut akan mnjadi ramping & berketak2 cam ala2 makdaro (biskut tk sememeh, ampuunn youu)

maap ya matt, tumpang lalu kat sini.

Selamat hari raya utk matt & family. Maaf zahir batin!! :)

noreen said...

akan ku cari jua acuan cam gini. mat cayalah ko punya sambutan raye tahun nie meriah sungguh ada kuih melayu, irish, org putih dan segala macam yg sama waktu dengannya.

mat kito nie asyik dok bergurau sende je cam dah lamo konalkan so disini noreen ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk mat sekeluarga MAAF ZAHIR & BATIN.

ko tu kalau makan lomang jgn lupo kat den disini bila rase tersedak yo den taw ler mesti ko ingatkan den kan mat kan mat

esok hari raye esok hari raye

||syazwaniadnan|| said...

jeles!! sungguh jeles!!
haritu mmg dh ade dlm list semekut neh. so, p la intai2 acuan dia. ok, ada kt kedai. tp x bleh bli lg sbb x taw ukuran sbenar oven comey ku itu. so, tinggai dia, p balik rumah sat. esoknya p kedai lg, pastu xdak daahhhh :( :( huwaaa! nanges x b'lagu wooo!


so, ape2 pn, nk wish la kan.
salam lebaran, mintak maaf terkasar bahasa secara sengaja atau x, sedar atau xsedar (pitam?? no!)

ehehe, selamat beraya yeh!
nk duit raye!!! :)

Unknown said...

hai, salam perkenalan..
saya baru first time masuk blog mat terus terpesona....

mat, eixora nak tanya mat tips supaya masa kita keluarkan pemotong tuh dia tak tercabut-cabut. eixora ada cutter tuh' tapi susah nak guna pasal bila angkat nak tuang adunan, dia tercabut-cabut.

mat punyer cutter nampak kecik..
susah nak cari kat kedai...